MAIN TERJUN


Asalnya datang untuk 'melawat kawasan'. Hajat nak bagi sokongan kepada kawan-kawan main bowling.

Sekali, ada tawaran datang. Ada tempat kosong pula sebab ada cikgu yang tak datang. Haha. Bagai mengantuk disorongkan bantal. Cikgu pun main la. 'Rare'kan. Satu-satunya jejaka berbaju melayu di tengah-tengah pemain berbaju sukan. Layan je. Balingan? Jangan tanya soalan yang bermain di fikiran kalian tu ya. Haha. Cikgu tahu soalan kalian tu.😃😃

Cukuplah cikgu kongsikan bahawa teammate cikgu sangat power. Cikgu top up semampunya😂😂. Tahniah teammates. Cikgu tak salah lorong rupanya.

Alhamdulillah. Dapat juga keluar peluh tadi. Tahniah PSKPP JPWPP. U are awesome 👍🏻👍🏻🎉🎉. Lain kali nak join lagi.
Tahniah semua pemain dan pemenang. Anda semua JUARA👍🏻👍🏻
Previous Post Next Post